Thursday, July 05, 2007

gomawoyo


THAT'S thank you in Korean.
Malaysia Taekwondo Association (MTA) is back on track after being deregistered by the Sports Commissioner's Office on May 6, 2005.
In a statement issued by the National Sports Council just minutes ago, the Sports Ministry have decided to revoke the deregistration status and allow MTA to be back in business.
Contents of the circular as below;
5hb Julai 2007

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG ISU PERSATUAN TAEKWONDO MALAYSIA (MTA)
Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) telah dibatalkan pendaftarannya oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 6 Mei 2005 atas alasan bahawa persatuan tersebut telah menghindar pembangunan sukan taekwondo dan demi kepentingan awam seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 20 (1) (e) Akta Pembangunan Sukan 1997. Akibat daripada pembatalan pendaftaran tersebut, MTA tidak boleh berfungsi dan memainkan peranannya sebagai badan pengelola sukan taekwondo WTF di peringkat kebangsaan.

2. Walau bagaimanapun pada 25 Jun 2007, MTA telah mengemukakan surat rayuan terhadap keputusan Pesuruhjaya Sukan yang membatalkan pendaftaran mereka kepada YB Menteri Belia dan Sukan seperti mana yang diperuntukkan oleh seksyen 21 (1) Akta Pembangunan Sukan 1997. Di dalam surat rayuan tersebut, perayu telah memberikan aku janji untuk melaksanakan beberapa perkara sekiranya rayuan mereka dibenarkan. Antara lainnya ialah MTA bersetuju untuk menerima masuk kelab-kelab taekwondo ke dalam persatuan mereka sebagai ahli bersekutu dan memberi mereka hak mengundi di dalam persatuan.

3. Memandangkan bahawa MTA kini telah membuat rayuan kepada YB Menteri Belia dan Sukan dan YB Menteri Belia dan Sukan percaya bahawa rayuan itu dibuat dengan suci hati serta ditambah dengan beberapa aku janji yang telah diberikan oleh MTA, maka YB Menteri Belia dan Sukan bersetuju untuk membenarkan rayuan mereka. Dengan ini pembatalan pendaftaran MTA adalah ditarik balik dan status mereka dikembalikan seperti asal.
-The Man Who Sold The World-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home