Tuesday, August 21, 2007

of BWF and FAM


There was an interesting article written in Berita Harian (Aug 21, 2007) with regards to the Badminton World Federation and FA of Malaysia issues.
After going through weeks of reports, it is quite clear certain quarters have been rather emotional in their pieces while others just choose to remain silent on the issues. Even worse, some self proclaimed badminton experts have got their facts wrong!
Pentadbir BWF, FAM harus telus

Pegawai sukan perlu ikut kewibawaan Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin
STADIUM Putra nyata gelanggang malang buat badminton negara. Selepas Piala Thomas 2000 yang menyaksikan kegagalan skuad kebangsaan, kali ini Kejohanan Dunia menjadi pentas terbaru kegagalan pemain negara.
Kesimpulan jelas terserlah ketika ini adalah betapa masalah kekuatan mental menjadi halangan besar buat pemain ketika mendukung harapan tinggi negara yang mahukan kejayaan - kali ini status juara dunia.
Kesempatan terbaik yang terhidang sekali lagi gagal dimanfaatkan pemain. Tapi, bukan itu mahu diperkatakan penulis kali ini.
Masalah urus tadbir persatuan khususnya Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) jelas menjadi tajuk utama di kalangan media sejak seminggu lalu.
Serangan Presiden BWF, Dr Kang Young-jung terhadap Ahli Majlisnya diketuai timbalannya, Datuk Punch Gunalan, yang didakwanya ‘diktator dalam demokrasi’, nyata ‘mengangkat’ nama Malaysia ketika pemain negara awal-awal lagi sudah tersungkur di gelanggang.
Gunalan pula bukan sahaja gagal memberikan jawapan tepat atas segala tuduhan, malah nampak cuba berselindung di sebalik ‘orang kanannya’ - dua naib presiden, V K Verma dan Robin Bryant, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa, Roger Johansson dan Pengerusi Jawatankuasa Acara, Ann Smiley - sewaktu sidang media di stadium itu, Ahad lalu.
Senarionya cukup berbeza. Gunalan dengan empat konconya berbanding Dr Kang tampil dengan seorang penterjemah sahaja.
Penulis cuma mahu mengucapkan tahniah kepada ‘lakonan’ mereka berlima termasuk Gunalan yang enggan mengesahkan sama ada beliau diminta meletakkan jawatan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman. Peliknya sehari sebelum itu Majlis mempersoalkan tindakan Azalina yang didakwa mereka cuba campur tangan, sekali gus melanggar Piagam Olimpik.
Mungkin pada ketika itu, sehari selepas itu, barulah mereka sedar kesilapan itu dan mahu mengaburi media, walaupun ada sudah berjaya ‘ditawan’ mereka sehingga memberikan laporan mengelirukan.
Lebih menghairankan, Azalina sendiri tidak menafikan laporan memetik sumber itu, kecuali media yang terlepas berita itu, mengenai cadangan meminta Gunalan meletak jawatan. Sebaliknya, beliau berkata,”Dia harus fikir yang dia warga Malaysia mengatasi kepentingannya selaku pegawai BWF.”
Penulis pelik mengapa tindakan Dr Kang mahu menyelamatkan imej BWF dengan memanggil bekas-bekas pegawai kanan Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) menganggotai panel penyiasat penyalahgunaan kuasa badan induk itu, ditentang habis-habisan Majlis yang mahu melakukannya sendiri.
Antara mereka yang mahu dilantik Dr Kang adalah Lu Shenrong, Sir Craig Reedie dan Prof Charoen Watanasin - semuanya naib presiden seumur hidup BWF - pengiktirafan diberikan sendiri oleh BWF.
Penulis rasa cukup pelik mengapa Majlis BWF tidak terima orang yang mereka sendiri berikan pengiktirafan tinggi untuk menganggotai panel penyiasat isu perpindahan ibu pejabat BWF dari Cheltenham ke Kuala Lumpur selepas timbulnya dakwaan Gunalan membocorkan tawaran beberapa bandar raya kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di mana dia adalah naib presidennya.
Tokoh-tokoh itu adalah mereka yang pernah memegang jawatan tinggi dalam badan induk itu dan ketika ini tidak terbabit secara langsung dalam urusan pentadbiran. Jadi tentunya mereka mampu melakukan siasatan lebih bebas ke atas perpindahan membabitkan kos lebih AS$1 juta (RM3.5 juta), termasuk menebus kontrak sewa bangunan di Cheltenham
Seandainya Majlis sendiri mahu menyiasatnya, ia samalah seperti meminta ‘tertuduh siasat tertuduh’, sekali gus menunjukkan tiada ketelusan dalam BWF atau ada sesuatu cuba disembunyikan mereka.
Pemimpin persatuan wajar menegakkan etika, telus dan bertanggungjawab. Sebab itu kita kecewa dengan pelbagai laporan kurang enak mengenai masalah dalaman badan sukan yang ada kaitan dengan Malaysia akhir-akhir ini.
Dari FAM pula, bekas setiausaha agungnya Datuk Seri Dr Ibrahim Saad dilaporkan diasak pelbagai soalan ketika Majlis FAM bersidang di Wisma FAM Ahad lalu. Dia dilaporkan harus menyediakan laporan berhubung beberapa keputusan dikatakan dibuat di peringkat sekretariat tanpa merujuk kepada jawatankuasa terbabit ataupun exco.
Bagi penulis, siasatan menyeluruh harus diadakan bagi memberi gambaran bahawa pentadbiran BWF mahupun FAM dilihat cekap, telus, amanah dan bebas daripada sebarang pengaruh atau niat jahat.
Jika mereka benar-benar ikhlas, seharusnya sebuah panel bebas boleh diwujudkan bagi menentukan sama ada dituduh bersalah ataupun tidak.
Dalam kes FAM, tidak salah jika pemimpin tertinggi yang meragui beberapa keputusan Ibrahim melantik panel bebas. Dulupun Ibrahim pengerusi panel bebas untuk post-mortem kegagalan Sukan Olimpik di Athens, dengan MSN dijadikan belasahan.
Kali ini tidak salah jika bekas Ketua Pengarah MSN, Datuk Wira Mazlan Ahmad dilantik mengetuai panel bebas menyiasat kemungkinan salah laku di FAM itu.
Menjelang sambutan kemerdekaan ke-50 negara, penulis tertarik dengan beberapa petikan akhbar memuji integriti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Perdana Menteri dan juga pemimpin sukan.
Tunku amat disegani ketika menerajui Konfederasi Bola Sepak Asia dan FAM kerana urus tadbir yang cekap, amanah dan telus (good governance).
Agaknya, berapa kerat lagi pegawai sukan mengamalkan prinsip yang sama hari ini?
Choong Tan Fook-Lee Wan Wah were impressive in the World Championship held last week- pic courtesy of BadmintonNews
-The Man Who Sold The World-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home